FOTO Afiq Hanif


NEWBEE membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Team Secret, dalam perlawanan separuh akhir e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting.

Newbee yang menang 2-0, agresif menyerang kubu Team Secret yang seakan hilang punca meskipun dibarisi pemain pilihan, Khoo Chong Xin (Ohaiyo), bekas ‘Offlaner’ Fnatic.

Ohaiyo yang menggantikan Adrian Trinks (Fata) di saat akhir kejohanan seharusnya menjadi tunjang Team Secret namun tenggelam dengan serangan dan trik mengejut Newbee.

Newbee menguasai kedua game dengan taktikal kemas sehingga mampu menumpaskan menara Ancient Team Secret dengan pantas.

Dota 2 adalah permainan popular pertandingan e-sukan yang memerlukan lima pemain satu pasukan berentap menggunakan 115 karektor permainan.

ESL One seakan Sukan Olimpik untuk Dota membawa hadiah kira-kira RM500,000 dengan 200 markah pro.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2018 @ 10:17 PM