• Dua beradik yang dilaporkan hilang petang semalam ditemui berpelukan di atas pokok bakau di Kampung Alur Limbong, Paka, Dungun, malam tadi.

• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 502 notis membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Plaza Tol Batu 9, Cheras, malam tadi. 

• Suspek utama dikehendaki polis berhubung kes samun dan bunuh Juruteknologi Pergigian Mahusin Abd Rahim, 28, dicekup di Johor Bahru, malam tadi. 

• Dua jurutera, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan seorang kontraktor yang direman SPRM sejak 22 Januari lalu dibebaskan hari ini.

• Nazar seorang lelaki, Nor Zairi Zainal, mengunjungi 320 masjid dengan berbasikal hampir berjaya dilaksanakan.

• Seramai 23 penggiat seni bersemangat untuk melaksanakan umrah pertama, sekalipun kepenatan mengharungi tujuh jam perjalanan dari Madinah ke Makkah.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 6:50 PM