Norhadiani Baharom

Kuala Lumpur: “Belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya jadi jurusolek?”. Sindiran dan pertanyaan itu sudah lali didengar empat pemuda sebaik ada yang mengetahui latar pendidikan mereka.

Meski ada yang beranggapan pilihan kerjaya mereka sebagai jurusolek selebriti, seolah mempersia-siakan segulung ijazah yang diperolehi, namun ia sedikitpun tidak membuatkan Syed Mohammad Faizal Syed Noh (Syed), 34, Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar (Syedewa), 30, Ahmad Muzairi Mohd Muzamer (Ary Muzamer), 31, serta Mohammad Sahir Mohd Sabri (Sahir), 29, menyesal.

Apatah lagi kini mereka berupaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan sehingga mencecah lima angka, hasil karya solekan yang mendapat permintaan ramai.


DARI kiri, Sahir, Syed Faizal, Ary Muzamer dan Syedewa. FOTO Aziah Azmee

Syedewa yang memiliki Ijazah dalam Teknologi Kimia dan Sarjana Genetik Molekul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mampu menerima bayaran sehingga RM2,000 untuk satu sesi solekan pengantin.

“Memang tidak dinafikan selalunya pendapatan boleh mencecah lima angka, tetapi kewangan harus dirancang dengan baik memandangkan pendapatan jurusolek tidak menentu,” katanya yang turut menyolek selebriti terkenal antaranya Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan dan Ziana Zain.


SYEDEWA memiliki Ijazah Teknologi Kimia dan Sarjana Genetik Molekul dari UKM. FOTO Aziah Azmee

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Mac 2018 @ 6:38 AM