MAYAT Anna ditemui tanpa kepala oleh ibu bapanya. FOTO Agensi
Agensi

WANITA dibunuh kejam sebelum mayatnya dipenggal hanya kerana enggan melakukan seks dengan bekas teman lelakinya, di Odessa, Ukraine.

Mayat Anna Ergieva, 29, yang tidak berkepala ditemui ibu bapanya yang pergi mencarinya di rumah apabila bimbang kerana dia tidak menjawab panggilan telefon mereka.

Kepalanya ditemui ditanam tidak jauh dari situ, di dalam beg yang turut diisi barang kemasnya.

“Kami menemuinya tanpa kepala dan berlumuran darah atas lantai rumahnya. Seluruh rumah dipenuhi kesan darah termasuk televisyen. Lebih menyedihkan, polis pada mulanya gagal menemui kepalanya,” kata ibu bapa mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang cef berusia 29 tahun yang juga bekas rakan sekelas serta pernah menjadi kekasih mangsa.

Ketika ditahan, suspek cuba mengelar pergelangannya sendiri tetapi berjaya ditangkap sebelum mengaku dia mengamuk dan menembak mangsa di kepala kerana enggan melakukan seks dengannya.

Katanya, dia memenggal kepala mangsa kerana tidak mahu polis menemui peluru digunakan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 6:17 PM