ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di pusat beli belah. FOTO AFP/RUSSIAN EMERGENCY SITUATIONS MINISTRY
AFP

SEKURANG-KURANGNYA 64 orang termasuk kanak-kanak mati dalam kebakaran di pusat membeli-belah di bandar raya industri di Siberia, hari ini.

“Kematian 64 orang sudah disahkan,” kata jurucakap Jawatankuasa Penyiasat Russia, Svetlana Petrenko dalam satu kenyataan.

Rangkaian Televisyen Russia menunjukkan asap tebal keluar dari bangunan pusat beli belah Winter Cherry di bandar Kemerovo yang menempatkan pusat sauna, pusat boling dan pawagam.

Agensi berita berkata, siasatan awal mendapati pusat membeli-belah yang dipenuhi pengunjung pada Ahad itu mula terbakar kira-kira 11 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia).

Kebakaran bermula dari dewan pawagam dan api memusnahkan lebih 1,000 meter persegi kawasan pusat terbabit.

“Bumbung dua pawagam runtuh,” kata Jawatankuasa Penyiasat.

Pejabat kementerian Perkhidmatan Kecemasan Russia berkata, kebakaran berlaku di tingkat tiga dan bumbung pusat terbabit.

Pasukan bomba berusaha untuk membersihkan serpihan runtuhan bangunan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 8:48 PM