LOKASI mangsa ditembak mati.
Nor Azizah Mokhtar; Teoh Pei Ying; Fazrik Kamarudin dan Amir Abd Hamid


“Saya dengar bunyi letupan kuat macam bunyi mercun, tak sangka ia bunyi tembakan,” kata saksi.

Saksi dikenali sebagai Wong yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sekolah rendah di hadapan kondominium mangsa mendakwa mendengar bunyi letupan kuat itu kira-kira 6 pagi.

"Ketika kejadian, saya berada di dalam pos pengawal dan suasana masa itu masih gelap.

"Sebelum itu saya cuma dengar bunyi kuat enjin motosikal di luar kawasan sekolah kira-kira 10 minit sebelum dengar bunyi letupan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau hanya menyedari kejadian itu adalah pembunuhan selepas kawasan kejadian dipenuhi orang ramai dan pihak polis.

Menurut Wong, mujur kejadian itu berlaku awal kerana pelajar Tahun 6 sepatutnya hadir ke sekolah untuk kelas tambahan pada 6.30 hingga 7 pagi.

Sementara itu, seorang jemaah Surau Medan Idaman, Abdul Ghani Jalil, 69, berkata, kejadian yang berlaku benar-benar mengejutkan seluruh jemaah yang baru sahaja selesai mengerjakan solat subuh.

"Kami seperti biasa menunggu Imam Fadi untuk menunaikan solat subuh berjemaah, bagaimanapun dia tidak tiba.

"Kemudian ketika rakaat pertama, saya terdengar jeritan dalam bahasa Arab dengan nada cemas, ketika itu ingat ada bacaan imam yang salah, bagaimanapun kami meneruskan solat kami.

"Selesai solat, imam gantian memaklumkan Fadi jatuh rebah di hadapan kondominiumnya. Ketika itu kami tidak mengetahui kejadian sebenar," katanya ketika ditemui.

Berita berkaitan

‘Dr Fadi suka layan kerenah penuntut’

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

‘Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman’

Mufti doa Fadi dapat syahid

Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

‘Arwah biasa jadi imam’

Penembak tunggu 20 minit

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 10:16 PM