ORANG ramai melihat mangsa dan imam dan pensyarah warga Palestin yang maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh, berhampiran sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak kira-kira 6 pagi semalam. FOTO NSTP
Teo Pei Ying dan Fazrik Kamarudin


KELUARGA Imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke Gaza, Palestin untuk dikebumikan.

Pengurus besar Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), Dr Mahmoud Shakfa berkata, selepas kali terakhir bertemu Fadi tujuh tahun lalu, keluarganya berpesan supaya membawa pulang jenazahnya untuk tatapan buat kali terakhir.

“Ayah kepada Fadi menghubungi kami, merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Jabalia.

“Seluruh keluarganya terutama ibu dan adik beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

“Usaha kini sedang dijalankan dengan kerjasama dari pihak kedutaan Palestin, Mesir dan Malaysia untuk urusan logistik membawa jenazah ke Gaza, mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang, hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Dr Mohd Zin Kandar berkata, pihaknya berharap urusan membawa pulang jenazah Fadi dapat dipermudahkan.

“Demi kemanusiaan, kami berharap supaya kerajaan Mesir tidak menghalang usaha untuk membawanya pulang, jangan nafikan hak keluarganya untuk menatap buat kali terakhir jenazah Fadi.

“Berdasarkan pengalaman, laluan paling segera untuk ke Gaza adalah melalui Rafah, sempadan Mesir dan Palestin, harapan kami semua pihak yang berkaitan dapat memberi kerjasama penuh,” katanya.

Sementara itu, keadaan di perkarangan bilik mayat Hospital Selayang dipenuhi sahabat dan komuniti Palestin yang ingin melihat jenazah Fadi buat kali terakhir.

Selain itu, kakitangan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) turut berada di hospital bagi membantu menguruskan jenazah.

Berita berkaitan

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

‘Dr Fadi suka layan kerenah penuntut’

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

‘Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman’

Mufti doa Fadi dapat syahid

Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

‘Arwah biasa jadi imam’

Penembak tunggu 20 minit

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 April 2018 @ 10:52 AM