Teo Pei Ying
cnews@nstp.com.my


LAKARAN wajah suspek lelaki yang dipercayai membunuh pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma didedahkan dan diletakkan di pintu keluar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek dipercayai adalah warga Eropah atau Timur Tengah.

"Lakaran wajah suspek itu dibuat oleh pakar kami berdasarkan kenyataan daripada saksi.

"Mereka berkulit putih, mempunyai janggut, berbadan tegap, setinggi kira-kira 180cm, mereka menunggang motosikal jenis BMW GS atau Kawasaki Versys berwarna hitam semasa hari kejadian," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

Apabila ditanya sama ada lelaki masih di negara itu, beliau berkata: "Kami masih belum mendapat kepastian, bagaimanapun, kami sudah bekerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa yang berkaitan," katanya.

Mengulas lanjut, Fuzi berkata, proses bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan badannya.

"Ahli patologi forensik menemui 14 butir peluru dalam badan mangsa. Kami akan menghantar peluru berkenaan kepada pakar senjata kami untuk mengenal pasti jenis senjata yang digunakan oleh suspek.

"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada polis kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan anggota bagi melindungi isteri dan anak-anak Fadi.

"Setakat ini, ahli keluarga tidak menghadapi sebarang ancaman yang boleh memudaratkan keselamatan mereka, selain itu, ada kemungkinan kami akan mengambil keterangan daripada adik mangsa," katanya.

Fuzi turut menggesa orang ramai yang ternampak sebarang perkara yang mencurigakan antara pukul 5 hingga 7 pagi berhampiran tempat kejadian pada hari Sabtu untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shahrizal Salleh di nombor 017 713 4705 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Wangsa Maju, Asisten Superintendan Khairil Idzwan Ahmad di nombor 019 359 2582.

Berita berkaitan

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 11:47 AM