Safeek Affendy Razali


MOTOSIKAL berkuasa tinggi Kawasaki Versys, dipercayai digunakan suspek dalam kes tembak pensyarah warga Palestin, Sabtu lalu, ditemui berhampiran Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Maklumat mengenai penemuan motosikal berwarna kelabu di belakang kawasan pusat perniagaan Jalan Danau Niaga itu diberikan oleh orang awam kepada polis selepas curiga dengan kedudukan jentera berkenaan.

Sumber berkata, motosikal yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan itu diletakkan di pagar tasik berkenaan sejak Sabtu lalu, iaitu hari yang sama kejadian pembunuhan Dr Fadi M R Albatsh Fatma berlaku di Jalan Meranti Setapak, di sini.

“Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, dilihat berada di lokasi kejadian sejak jam 1 tengah hari tadi.

“Mereka kemudian menutup kawasan motosikal itu di parkir dengan tali pita kuning bagi menghalang orang ramai termasuk pihak media mendekati lokasi berkenaan," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Katanya, pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik IPK Kuala Lumpur dan Unit Pemusnah Bom (UPB) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Sementara itu, usaha pihak media mendapatkan pengesahan mengenai penemuan motosikal terbabit daripada Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, masih belum berhasil.

Difahamkan, motosikal berkenaan dihantar ke IPD Wangsa Maju untuk pemeriksaan lanjut bagi membolehkan siasatan dilakukan termasuk mengenal pasti individu yang menyewa motor berkenaan daripada pemilik asalnya.

Berita berkaitan

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 6:05 PM
ANGGOTA polis melakukan siasatan ke atas motosikal Kawasaki Versys yang ditemui berhampiran Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca