ENAS. FOTO Arkib NSTP
Esther Landau


ISTERI kepada pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R AlBatsh Fatma yang maut ditembak dua lelaki di depan Kondominium Idaman Puteri di Setapak, awal pagi Sabtu lalu, mahu suspek dikenakan hukuman berat.

Enas AlBatsh, 31, berkata, suspek perlu diheret ke muka pengadilan.

“Mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dengan hukuman berat atas perbuatan mereka,” katanya.

Enas juga percaya bahawa ejen perisikan Israel, Mossad, adalah dalang di sebalik pembunuhan suaminya.

Bercerita lanjut, wanita itu mendakwa keluarganya tidak pernah menerima sebarang ugutan dari mana-mana pihak.

Malah, mereka menjalani kehidupan normal seperti keluarga lain.

“Beliau (Dr Fadi) disayangi oleh semua orang dan amat cintakan bidang pendidikan. Bagaimana seseorang boleh mengancam kami?” katanya.

Enas turut memberitahu bahawa permintaan terakhir arwah suami adalah supaya dia dapat menamatkan pengajian dalam ijazah doktor falsafah (PhD) di Malaysia.

Bagi tujuan itu, dia sudah mendaftarkan diri dalam program PhD di Universiti Malaya.

Bagaimanapun, wanita itu mahu melanjutkan pengajian secara dalam talian kerana mahu tinggal di Gaza.

“Saya ingat suami pernah berkata, ‘kamu sudah bersabar menunggu saya menghabiskan pengajian PhD dan saya akan menunggu kamu pula (menamatkan pengajian PhD)’.

“Beliau beriya-iya menyuruh saya untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

Menurutnya, keluarganya juga sudah mempunyai rancangan untuk bercuti di Malaysia.

Semua kenyataan Enas itu diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris dengan bantuan seorang lelaki Palestin yang menetap di negara ini.

Sabtu lalu, Dr Fadi, pensyarah berusia 35 maut ketika sedang berjalan ke Surau Medan Idaman bagi mengetuai solat Subuh.

Kedua-dua penyerang bermotosikal terbabit dikatakan sudah menunggu ketibaan mangsa sebelum melepaskan 10 tembakan.

Dr Fadi meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, masing-masing berusia enam, empat dan setahun.

Fotofit dua penyerang itu kini sudah diedarkan di semua pintu keluar utama negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek dipercayai berasal dari Eropah atau Asia Barat.

Berita berkaitan

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 1:19 AM