Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SUASANA sedih diselangi laungan syahadah dan takbir mengiringi jenazah pensyarah dan Imam Palestin Dr Fadi M R Albatsh sebelum disolatkan di Surau Medan Idaman, Setapak pada 1.30 tengahari.

Kira-kira 2000 jemaah hadir bagi menyempurnakan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham yang dibawa ke Surau Medan Idaman diusung dari kediamannya dan diiringi kira-kira 100 individu sebelum tiba di surau pada 1. 10 tengahari.

Jemaah kemudian menunaikan solat Zuhur sebelum menyempurnakan solat jenazah. Suasana hiba turut menyelubungi persekitaran surau apabila ada jemaah yang menangis disamping laungan takbir dan intifada.

Jenazah kemudian diusung keluar dan dibawa menaiki kenderaan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Mesir dengan penerbangan Egypt Air pada 7 malam ini dan dijangka tiba di Cairo, Mesir pada 9 pagi waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, jenazah kemudian akan dibawa menaiki kenderaan ke sempadan Rafah.

"Perjalanan akan mengambil masa kira-kira lima jam untuk ke Rafah. Sejurus tiba di Rafah jenazah akan terus dibawa ke Gaza, Palestin.

"Kedua ibu-bapa dan adik beradiknya akan menunggu mereka yang dijangka tiba pada 9 pagi," katanya.

Menurutnya, MyCARE turut menghantar dua individu bagi mengiringi perjalanan isteri Allahyarham, Enas Albatsh berserta tiga anaknya.

"Keluarga Allahyarham akan turut menetap di Gaza, Palestin dan kita berharap perjalanan mereka dipermudahkan," katanya.

Berita berkaitan

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 April 2018 @ 3:48 PM
DUTA Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha bersama orang ramai mengangkat jenazah pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma ke Surau Medan Idaman di Setapak, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad