LAPORAN portal berita Harian Metro sebelum ini.
Safeek Affendy Razali


SUSPEK kes bunuh pensyarah Palestin Dr Fadi M R Albatsh Fatma, Sabtu lalu, dipercayai melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Saga BLM.

Ia selepas suspek dikatakan meninggalkan motosikal jenis Kawasaki Versys, yang digunakan semasa menembak mati mangsa, di Jalan Danau Niaga, Danau Kota.

Difahamkan, kereta yang disewa suspek itu ditemui kira-kira jam 2 pagi hari ini di Taman Tasik Ampang Hilir, di Kuala Lumpur.

Sumber berkata, kereta itu dikesan berdasarkan pemantauan menyeluruh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Danau Niaga.

"Hasil penelitian CCTV yang dijalankan membawa kepada petunjuk suspek meninggalkan lokasi selepas meletakkan motosikal itu dan menaiki kereta.

"Berdasarkan siasatan susulan, pemilik kereta memaklumkan keretanya diletakkan di parkir Taman Tasik Ampang Hilir," katanya, hari ini.

Sumber sama berkata, kereta berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, untuk pemeriksaan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta berkenaan disewakan kepada suspek sejak tiga bulan lalu oleh pemiliknya yang juga rakyat tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika mengulas berhubung perkembangan itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

"Saya tidak dapat memberikan butiran, namun pihak kami sedang menjalankan siasatan secara terperinci.

"Segala maklumat berhubung kes ini akan diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun," katanya.

Mazlan ditemui dalan Majlis Rasmi Ucapan Takziah kepada Dr Fadi di Kedutaan Palestin, di Kuala Lumpur.

Hadir sama, beberapa pegawai kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, serta Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif.

Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Ketua Polis Negara kepada adik Dr Fadi, Dr Rami Al Batsh serta Duta Besar Palestin, Datuk Dr Anwar H Al Agha.

Dr Fadi meninggal dunia selepas ditembak lebih 10 das oleh dua suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Setapak.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pensyarah sebuah universiti swasta dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman bagi menunaikan solat subuh.

Berita berkaitan

'Wajah pelepas rindu anak Dr Fadi

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 7:41 PM