Yuna terpaksa perniagaan pakaian yang beroperasi sejak enam tahun lalu. FOTo fail HM/NC
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


MESKIPUN berat hati dan sedih, penyanyi Yuna terpaksa menutup perniagaan pakaian November Culture (NC) yang beroperasi di Subang Jaya selama hampir enam tahun.

Yuna atau Yunalis Zarai, 31, mengakui dia sudah tidak mampu menampung perbelanjaan untuk operasi butiknya menyebabkan dia mengambil keputusan itu.

“€œSaya sangat sayangkan perniagaan itu namun disebabkan beberapa faktor tertentu, saya sudah tidak mampu menampung perbelanjaan untuk meneruskannya.

“€œMeskipun sebelum ini pernah cuba mengubah hala tuju kreatif untuk mendapat keuntungan cepat demi menyelamatkannya, kini saya sudah tidak mampu melakukannya,”€ katanya.

Yuna bagaimanapun berbangga dengan usaha kebanyakan dibuat sendiri demi kelangsungan perniagaan itu dan bersyukur dapat menimba banyak pengalaman.

“€œSaya sudah melakukan yang terbaik. NC berdiri sendiri, tiada pelabur, tiada sokongan sampingan cuma dijalankan saya bersama beberapa orang.

“Saya merasai keindahan dan kekecewaan mengenai perniagaan itu yang menjadikan saya insan lebih baik. Terima kasih terhadap sokongan kepada NC selama ini,”€ katanya.

Yuna kini berpangkalan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat sebagai penyanyi sepenuh masa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mei 2018 @ 2:55 PM