KUALA LUMPUR 23 NOVEMBER 2017. Ketua Persuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. NSTP/ MUHD ZAABA ZAKERIA
Wartawan NSTP

BEKAS Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan semalam, dipercayai disenarai hitam dari keluar negara.

Semakan Harian Metro pada portal senarai hitam dan status perjalanan imigresen mendapati, Dzulkifli yang berusia 50 tahun dihalang berdasarkan keputusan semakan, 'sila rujuk ke jabatan Imigresen terdekat'

Satu sumber turut mendedahkan, perkara itu berkemungkinan besar berkaitan siasatan terhadap kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang akan dibuka semula kerajaan.

Beliau adalah antara nama yang disekat Imigresen selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Serj Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dihalang ke luar negara beberapa hari lalu.

Dzulkifli semalam meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas setahun sembilan bulan mengetuai agensi itu bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditamatkan perkhidmatan pada 2016.

Beliau sebelum ini adalah pegawai dari Jabatan Peguam Negara yang mengetuai Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Negara (NRRET) jabatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 1:02 PM