Nor Azizah Mokhtar


SEBANYAK 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, kesemua barangan yang dirampas itu susulan pemeriksaan ke atas unit kediaman terbabit selepas pihaknya memperoleh borang geledah daripada mahkamah.

Katanya, pihak JSJK Bukit Aman melakukan pemeriksaan di enam lokasi serentak, kelmarin iaitu di Pejabat Perdana Menteri (bekas perdana menteri) dan kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Putrajaya serta empat kediaman persendirian di ibu negara termasuk kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.

Tiga lagi kediaman persendirian yang diperiksa terletak di dalam Pavilion Residences Apartment termasuk unit kediaman yang digunakan untuk menyimpan semua barangan yang dirampas hari ini.

"Ketika pemeriksaan, tiada penghuni di dalam kediaman terbabit namun kami memperolehi borang geledah daripada mahkamah untuk menjalankan pemeriksaan.

"Kita turut merampas pelbagai barangan termasuk dokumen berkaitan 1MDB dalam pemeriksaan di lima lokasi lain," katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Ketika ditanya siapakah pemilik unit kediaman yang diperiksa, Amar Singh memaklumkan ia adalah milik individu bergelar Tan Sri namun enggan mendedahkah butiran lanjut.

"Saya tidak perlu dedahkan siapa pemiliknya tetapi ia ada kaitan dengan siasatan 1MDB.

"Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara nanti," jelas beliau.

Kata beliau, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan, justeru pihaknya meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Amar Singh memaklumkan pihaknya belum dapat memberi anggaran jumlah sebenar nilai kesemua barangan mewah dan berharga yang dirampas tadi.

"Kita masih jalankan proses pengiraan untuk mengetahui nilai sebenar barang yang kita rampas," kata beliau.

Difahamkan, antara beg tangan mewah yang dirampas adalah berjenama Hermes, Birkin dan Louia Vuitton, manakala wang tunai yang dirampas terdiri daripada pelbagai jenis matawang.

Sementara itu, berhubung dakwaan peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta hampir 24 jam sehingga mengganggu ketenteraman penghuninya, Amar Singh berkata, pihaknya menjalankan tugas secara profesional.

Berita berkaitan

[UPDATE] Lima trak polis punggah bukti

[UPDATE] Polis bawa keluar bagasi, kotak

6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Najib tidak puas hati polis geledah terlalu lama

10 jam menggerudi peti besi Najib

Panggil tukang kunci buka peti besi Najib

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 2:39 AM
ANGGOTA polis membawa barang rampasan dari kediaman di Pavilion Residences Apartment di Kuala Lumpur. FOTO Luqman Hakim Zubir