Wartawan NSTP


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9.43 pagi untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau menaiki Toyota Vellfire putih turut diiringi dua kenderaan dan disambut penyokongnya di luar pintu masuk ibu pejabat SPRM.

NAJIB melemparkan senyuman kepada penyokong dan wakil media di pekarangan ibu pejabat SPRM Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Sebelum itu, beliau meninggalkan kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur pada 9.21 pagi susulan notis arahan memintanya hadir untuk siasatan kes membabitkan SRC International.

Beliau menaiki Toyota Vellfire berwarna putih dan diiringi tiga kenderaan lain dipercayai peguamnya selain turut dua polis bermotosikal berkuasa tinggi.

Berita berkaitan

'Tunggu Najib keluar ke pejabat SPRM'

'Najib boleh kena tindakan...'

'Najib yang perlu hadir ke SPRM'

SPRM hadir di rumah Najib, Selasa ini

SPRM panggil Najib beri keterangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 10:09 AM
NAJIB dikerumuni media ketika tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah