Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@nstp.com.my


SEBUAH video memaparkan Peguam Negara Tommy Thomas memberi ucapan dalam bahasa Melayu menjadi tular di laman sosial hari ini.

Video berdurasi kira-kira empat minit itu dimuat naik Shamsul Sulaiman di laman Facebooknya menunjukkan Thomas membaca ucapan dalam bahasa Melayu di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Thomas sebelum ini dikecam beberapa pihak kerana didakwa meminggirkan bahasa Melayu dan mengutamakan bahasa Inggeris pada sidang medianya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Namun, kesungguhannya untuk berbahasa Melayu biarpun hanya membaca teks ucapan, mencuit hati mereka yang hadir pada majlis itu, dipercayai kakitangan dan ahli Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA).

Dalam ucapannya, Thomas menekankan kepentingan persatuan berkenaan untuk menjaga kebajikan dan keperluan ahli.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya yang kemudian disambut dengan tepukan.

Berita berkaitan

'Kecoh mahu bahasa Melayu' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 10:33 PM
PETIKAN rakaman video tular memaparkan Thomas menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu. VIDEO Ihsan Facebook Shamsul Sulaiman