NAJIB ketika di mahkamah hari ini
Wartawan NSTP


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Najib didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta hasil dari aktiviti haram yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Am Islamic Bank, Bangunan AmBank Group, No 55 Jalan Raja Chulan, dekat sini antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan kes ini kini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi 1 bagi diambil pengakuan.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Ogos 2018 @ 10:15 AM