Azreen Manan ketika menerima kunjungan rakan artis yang menziarahinya di hospital. FOTO Instagram Betty Banafe
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


Penyanyi era 1990-an Azreen Manan yang menghidap kanser serviks tahap empat meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), 1.06 petang hari ini.

Berita itu disahkan suaminya yang mahu dikenali sebagai Shah.

"Betul. Arwah menghembuskan nafas terakhir di IKN, 1.06 petang tadi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu Azreen atau nama sebenar Azrina Abdul Manan, 41, dilaporkan menghidapi kanser terbabit sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit berkenaan kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.

Dia menjalani pembedahan kedua pada Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 2:38 PM