KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan Polis
Farah Suhaidah Osman dan Zulsyamini Sufian Suri

TIGA lelaki termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut apabila kereta dinaiki dirempuh treler dari belakang di Batu 18, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di Kampung Jamuan, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, malam tadi.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada dua beradik dan seorang pekerja sebuah kilang.

Kesemua mayat sudah dikeluarkan dari kereta berkenaan dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat.

Kemalangan turut menyebabkan ada antara kenderaan itu tersangkut pada kabel bervoltan tinggi hingga memaksa pihak bomba meminta bantuan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan arus elektrik dan memotong kabel berkenaan.

Difahamkan kemalangan itu turut menyebabkan kecederaan kepada mangsa lain termasuk pemandu treler, namun bilangan sebenar mangsa cedera belum diperoleh.

Berita lanjut menyusul.....

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 September 2018 @ 12:30 AM