Laungan azan Hazama yang sungguh merdu tulis Jasmin di Instagram. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/Youtube


PELAKON Jasmin Hamid mengajak selebriti tempatan untuk menyahut cabaran melaungkan azan dengan menggunakan tanda pagar #azanchallenge.

Jasmin menerusi akaun Instagram berkata, dia berharap laungan azan dalam kalangan selebriti dapat menjentik hati dan menyeru umat Islam untuk mendirikan solat.

"Kita selalu mendengar penyanyi hanya menyanyi. Apa kata kita dengar mereka laungkan azan pula.

"Kalau boleh pukau pendengar dengan alunan suara merdu melalui nyanyian, mesti boleh laungkan azan yang merdu untuk panggil umat Islam mendirikan solat,” tulisnya.

Menurut Jasmin, cabaran ini sekali gus dapat memberi mesej positif kepada msyarakat berbanding cabaran lain yang boleh merosakkan akhlak umat Islam terutama generasi muda.

"Daripada kita taksub dengan #challenge yang tak dapat pahala dan kebaikan, adalah lebih baik kita sahut #azanchallenge.

"Moga-moga bila ada yang mendengar laungan azan itu, akan lembut hati untuk mendirikan solat.

"Semoga makin ramai anak seni yang sering di pandang serong oleh masyarakat akan melaungkan azan untuk umat Islam mendirikan solat," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 November 2018 @ 6:11 PM