SUSPEK yang ditahan selepas dipercayai mengelar dua kanak-kanak di Yan, semalam. -Foto ihsan media sosial
Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif
cnews@nstp.com.my

DUA kanak-kanak maut dikelar seorang lelaki di Kampung Tengah, Kuala Sungai, Yan, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kanak-kanak perempuan, 4, dan kanak-kanak lelaki, 1, yang berada di dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelarnya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 7:54 AM