MAYAT mangsa tiba di Hospital Seberang Jaya. FOTO Rosli Ahmad
Audrey Dermawan


POLIS mengesahkan identiti mangsa yang ditemui dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih adalah Moey Yun Peng.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narensagaran berkata, pengesahan itu dilakukan susulan daripada penemuan dompet mangsa dalam seluarnya ketika mayat berjaya dikeluarkan.

Menurutnya, mayat mangsa berusia 20 tahun ditemui masih sempurna namun membengkak kerana berada dalam air sejak tiga hari lalu.

“Kita pasti mangsa yang ditemui dalam kenderaan terbabit adalah Moey berdasarkan identitinya.

“Mayatnya berada dalam keadaan baik walaupun kenderaan itu rosak teruk kerana dia memakai tali pinggang keledar.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarga,” katanya kepada pemberita di Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.

Beliau sudah memeriksa bangkai SUV terbabit.

Narensagaran berkata, seramai 29 pegawai dan 127 orang petugas, bersama 40 penyelam, terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat selama tiga hari itu.

Sebanyak 14 bot juga digunakan.

Beliau berkata, mereka berada di laut sejak 9 pagi hari ini tetapi hanya berjaya mengeluarkan kenderaan itu pada jam 6 petang.

“Kami berada di sini selama tiga hari tetapi kerana keadaan cuaca dan arus bawah laut, kami menghadapi beberapa masalah,” katanya.

Ditanya sama ada beg udara kenderaan berfungsi, beliau berkata ia memang berfungsi.

Sebelum ini, SUV yang terjatuh ke laut itu berjaya ditarik.

Kenderaan yang rosak teruk itu ditarik menggunakan kabel yang dipasang pada kren, kira-kira jam 6 petang.

Tubuh mangsa masih berada di tempat duduk pemandu.

Berita berkaitan

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

Alamak, tali terlucut pulak...

'Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir [METROTV]'

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 9:14 PM