Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


PEMANDU Toyota Vios hitam yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terbenam dalam laut, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), hari ini.

Ketua Polis daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu dibawa oleh ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, 2 pagi.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehingga kini, kita sudah merekod keterangan daripada 15 individu terdiri daripada saksi-saksi yang melihat kejadian itu.

“Suspek kemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini sekiranya kita selesai mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalangan itu berlaku.

Dalam kejadian 2.40 pagi Ahad lalu, pemandu SUV putih, Moey Yun Peng, 20, maut selepas kenderaan dipandunya terbenam dalam laut akibat kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren, 5.50 petang.

Berita berkaitan

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 1:53 PM
ANGGOTA polis mengiringi lelaki (tengah) dipercayai pemandu kereta Toyota Vios untuk membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, hari ini. Foto DANIAL SAAD