Kenderaan diraja yang mendapat perhatian (dari kiri atas) Sultan Pahang, Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Selangor (bawah kanan) semasa memasuki perkarangan Istana Negara. FOTO Mohd Yusni Ariffin
BERNAMA

SULTAN Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mesyuarat bermula 11.15 pagi hari ini dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.

Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 11:47 AM