Abdul Bari contoh pemuda akhlak terpuji. FOTO Zaid Salim.
Mahaizura Abd Malik

ABDUL Bari Asyraf Mohd, 31, yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu, kelmarin, meninggal dunia dalam syahid, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau berkata, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya.

“Sesungguhnya, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya termasuk dalam kategori syahid, Insya-Allah.

“Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang yang mati syahid ada lima kategori iaitu mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah,” katanya dalam catatan di laman Facebook, petang ini.

Dr Zulkifli berkata, akhlak terpuji Allahyarham itu wajar dijadikan contoh dan ikutan anak muda di negara ini.

“Allahyarham adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan supaya keluarganya dan penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

“Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohinya,” katanya.

Mayat Abdul Bari Asyraf ditemui anggota bomba dan penyelamat serta orang awam pada 7.23 pagi, hari ini dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, selepas Zohor.

Berita berkaitan \

'Selamat jalan wiraku'

'Teringin imamkan solat jenazah Abdul Bari'

'Ini janji Allah...'

Mayat Abdul Bari ditemui [METROTV]

Dua anjing pengesan tiba hari ini

'Kecanggihan ROV diharap kesan Abdul Bari'

'Kami sayang kamu Abdul Bari'

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 5:47 PM