GAMBAR tular video bogel yang didakwa mirip Aiman Tino.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PENYANYI, Aiman Tino dalam proses mencari jalan penyelesaian berhubung penularan video bogel yang didakwa mirip dirinya sejak dua hari lalu.

Aiman menerusi kenyataan rasmi berkata, dia berharap isu terbabit tidak dipanjangkan dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya terdapat pihak masih membangkitkan isu itu.

"Saya dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.

"Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan," katanya.

Dalam masa sama, Aiman juga memohon maaf kepada pihak media atas keprihatinan diberikan berhubung isu itu.

"Terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier saya.

"Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Saya sayang anda semua," katanya.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Aiman iaitu Zamani, ketika dihubungi enggan memberikan komen lanjut.

"Saya ada menghubungi Aiman bagi mendapatkan komen mengenai perkara ini selepas dituntut rakan media berbuat demikian.

"Namun, Aiman berkata dia ingin diberikan ruang dan masa. Dia juga tidak mahu komen apa-apa.

"Selaku pengurus, saya tidak mahu memaksa dan menghormati permintaannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 3:46 PM