ANTARA orang ramai yang cedera. FOTO/AGENSI
LOKASI masjid di tengah Christchurch, New Zealand menjadi sasaran seorang lelaki dengan membawa senapang. FOTO/AGENSI
AFP

Wellington: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand dan dilaporkan beberapa mangsa maut atau cedera, lapor media tempatan.

Media melaporkan, seorang lelaki melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di Hagley Park, Christchurch dan polis juga dikerahkan ke sebuah lagi masjid di Linwood.

Sehingga kini polis tidak mengeluarkan kenyataan sama ada kejadian itu berlaku di dalam masjid atau sekitarnya dan tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah korban.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 10:47 AM