Syafil Syazwan Jefri


“NO comment!”.

Itulah kenyataan yang diberikan oleh pelakon dan penyanyi, Erwin Dawson, 30, ketika ditanya mengenai video seorang lelaki yang dikatakan mirip dirinya menayang kemaluan, tular di media sosial.

Menurut Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, dia lebih selesa untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu itu.

“Kalau saya berikan apa-apa kenyataan pun, orang akan bercakap dan buat andaian masing-masing. Jadi, saya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya lagi sama ada dia sedar akan kewujudan video itu, pelakon yang berasal dari Singapura itu berkata, dia sudah tahu kewujudannya sejak tahun lalu.

“Saya dah tahu sejak tahun lalu. Cumanya, bila baru-baru ini ada individu menularkan video yang kononnya menayangkan aksi selebriti tempatan, video itu kembali ditularkan di media sosial.

“Jadi, setiap kali ditanya mengenai isu ini, saya akan cakap ‘no comment. Kalau boleh, tumpuan saya adalah kepada kerja lakonan dan lagu baru,” katanya.

Terbaru, Erwin kini muncul dengan single terbaru bersama rakan duetnya, Atrez berjudul Senang dan mula dilancarkan di platform digital.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 8:10 PM
ERWIN (kanan) sudah tahu kewujudan video lelaki dikatakan mirip dirinya (kiri) di media sosial sejak tahun lalu. FOTO Arkib NSTP