Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


LELAKI warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas tuduhan membunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40.

Tertuduh, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, mengangguk faham atas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret A Akhiruddin@Boy Acho.

A Akhiruddin@Boy kemudian menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan Asid Deosiribonukleik (DNA), telefon bimbit, kimia dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium di Third Avenue Condominium, Cyberjaya, Selangor antara 12.41 tengah malam pada 9 Mei hingga 2.30 petang pada 15 Mei lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, dua lagi suspek kes sama, wanita warga Nigeria berusia 35 tahun dan seorang lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun dibebaskan dengan Bon Mahkamah masing-masing RM10,000 dan RM11,000.

Pada masa sama, A Akhiruddin@Boy Acho mengarahkan pasport kedua-duanya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.


Tertuduh tiba di Mahkamah Majistret Sepang bagi pertuduhan kes kematian Siti Kharina. FOTO Luqman Hakim Zubir

Siti Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu ditemui mati dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya, pada 2.30 petang 15 Mei lalu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Mangsa dipercayai meninggal dunia antara empat ke lima hari dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Siti Kharina dikatakan sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya bertanya mengenai keadaannya apabila tidak pulang ke rumah dan melapor diri bertugas di tempat kerja.

Berita berkaitan

Suspek kes bunuh Siti Kharina didakwa esok

Reman suspek kes pembunuhan Siti Kharina dilanjut

Siti Kharina kenal suspek

Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina

Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman

Tragedi jururawat [METROTV]

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat

'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'

Suspek kes bunuh jururawat ditahan

'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'

'Siti Kharina dibunuh?'

'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'

Masih tiada khabar dari Siti Kharina

'Bantu kami kesan kakak'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 10:54 AM