GAMBAR hiasan


KETUA Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi cedera akibat ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Padang Luas, di Jertih.

Difahamkan, suspek dikatakan ke rumah mangsa menaiki Perodua Kembara kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, suspek difahamkan mengalami masalah mental dan usaha mengesan suspek giat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 3:17 PM