Mohd Roji Kawi


SATU kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya apabila Sri Aman mencapai bacaan 352 pagi ini.

Kuching pula masih berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 215.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 6 pagi, lapan kawasan pula berada pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan (162), Sarikei : (148), Sibu (163), Bintulu (128), Mukah (138), Samalaju (114), Institut Latihan Perindustrian Miri (107) dan Miri (125)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 7:28 AM
SRI Aman mencapai bacaan 352 pagi ini. FOTO BERNAMA