Gambar hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


UJIAN Mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan berlangsung esok hingga Rabu ini akan diteruskan bagi kawasan yang tidak terjejas dengan jerebu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, ujian berkenaan membabitkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Menurutnya, ujian berkenaan akan diteruskan dengan pemantauan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.

“Bagi kawasan yang terjejas dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 boleh menangguhkan ujian sehingga 31 Oktober depan.

“Pihak JPN, PPD dan pengurusan sekolah sudah dimaklumkan langkah yang perlu diambil ketika ujian ini dijalankan,” katanya.

Menurutnya, semua pihak juga diingatkan untuk memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Katanya, kementerian memahami kesukaran yang dihadapi sekolah, murid dan ibu bapa akibat masalah jerebu yang berlaku.

  • Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 8:47 PM