PORTAL berita Harian Metro.
PORTAL berita Harian Metro.
Suraya Roslan


LAMAN web Harian Metro (HM) menjadi carta pilihan portal berita di Malaysia apabila mencatatkan pelayar unik (UV) tertinggi sepanjang suku ketiga 2019 menerusi kategori berita dan maklumat berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarkan laporan itu, portal berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatatkan 13.67 juta UV sepanjang Julai hingga September lalu.

Statistik berkenaan merangkumi pelayar mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

Secara purata, laman web HM mencatatkan 4.56 juta UV sebulan diikuti Berita Harian dengan purata 4.16 juta UV, MalaysiaKini dengan purata 3.94 UV dan New Straits Times pula 1.96 juta UV.

Comscore turut mengeluarkan data peratusan pembaca Harian Metro paling tinggi dicatatkan di wilayah Tengah iaitu 35.1 peratus, Selatan (15.5 peratus), Pantai Timur (22.3 peratus), Utara (22.3 peratus), Sabah (7.2 peratus) dan Sarawak 5.2 peratus.

Bagi segmen video HM, MetroTV kini mempunyai lebih 405,000 langganan pengguna di YouTube.

Bagi laman sosial, peminat Facebook (FB) Harian Metro kini mencatatkan lebih 5 juta ‘likes’ dan pengikut, Twitter rasmi HM diikuti lebih 969,900 pengguna dan Instagram 487,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 7:33 PM