JI menunjukkan kesan calar yang dilakukannya. FOTO Oddity Central
Agensi

BEIJING: Seorang pemuda berusia 22 tahun mencalarkan kereta BMW diidamkannya yang dijual di kedai dengan harapan bapanya terpaksa membeli kenderaan itu berdasarkan prinsip ‘barangan rosak dianggap dijual kepada pelakunya.’

Oddity Central melaporkan suspek dikenal pasti sebagai Ji Moubing melawat wakil penjualan BMW itu pada 25 November lalu dan ‘jatuh cinta’ terhadap kereta berwarna biru itu, malah memberitahu jurujual bapanya menjanjikan kenderaan untuknya kerana berjaya mendapat lesen memandu.

Malangnya, apabila dihubungi, bapanya enggan membeli kenderaan itu menyebabkan Ji mengamuk lalu mengambil satu set kunci dan melakarkan garisan dalam pada kereta itu sebelum sempat dihalang.

Asiaone melaporkan, pengguna Weibo rata-rata mengutuk perbuatan Ji itu, malah menyelarnya tidak ubah seperti ‘budak tua.’

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 6:15 AM