Norizuan Shamsuddin


BURUH dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas 105 pertuduhan rogol dan liwat anak kandungnya berusia 15 tahun, sejak Ogos lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah, 11.15 pagi tadi, diiringi sepasukan pegawai dan anggota polis.

Difahamkan tertuduh bapa empat anak terbabit berdepan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh terhadap anak sulungnya di kediamannya di Kuala Berang bermula 14 Ogos sehingga kali terakhir pada 26 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 11:31 AM
Tertuduh diiring sepasukan pegawai dan anggota polis tiba di perkarangan mahkamah. FOTO Imran Makhzan