DA'I Farhan bersama isteri pertama, Fatin dan anak mereka. FOTO Facebook Fatin Nurul Ain
DA'I Farhan bersama isteri pertama, Fatin dan anak mereka. FOTO Facebook Fatin Nurul Ain
Nur Lela Zulkipli


KEMELUT rumah tangga juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bersama bekas isteri pertama bertambah rumit apabila dia didakwa melanggar undang-undang keluarga Islam.

Rakan baik kepada bekas isteri pertama Nik Ahmad Farhan, Nafsarah Maliki membuat aduan berkenaan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, hari ini.

Nafsarah yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim, ketika ditemui berkata pihaknya membuat laporan mengenai perkara itu untuk menghentikan insiden boleh dilihat sebagai penghinaan kepada kesucian dan imej agama Islam.

“Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah-olah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Ini termasuk tindakannya mengamalkan poligami dengan isteri kedua tanpa kebenaran mahkamah,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Nik Ahmad Farhan didakwa melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan terjumlah kepada kesalahan jenayah di bawah Seksyen 124 di bawah enakmen sama yang memperuntukkan hukuman bagi Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah.

Katanya, Nik Ahmad Farhan didapati menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran.

“Bagi kesalahan itu, Nik Ahmad Farhan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Nik Ahmad Farhan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, Nik Ahmad Farhan yang juga ikon dakwah turut melakukan penghinaan yang boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina melalui perkataan, perbuatan dan tulisan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Sebelum ini tiada aduan dibuat berhubung perkara ini sedangkan jelas ia berbentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Jadi, dengan aduan dibuat, pegawai penguat kuasa agama boleh memulakan siasatan lanjut berhubung kesalahan dilaporkan Nafrasah terhadap Nik Ahmad Farhan.

“Menerusi laporan ini, saya berharap ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pihak lain pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Nafsarah berkata dia masih belum menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka daripada Nik Ahmad Farhan biarpun sudah memberi tempoh 24 jam.

Pada 28 November lalu, Nik Ahmad Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap Nafsarah kerana melakukan fitnah terhadapnya secara menulis surat terbuka mendedahkan konon perkahwinannya bersama isteri kedua, Dr Aireen dibuat tanpa pengetahuan isteri pertama.

Nafsarah menerusi sebuah kenyataan kemudiannya memaklumkan saman fitnah yang dibuat terhadapnya ditarik balik.

Maklumat itu disampaikan melalui keluarga Fatin Nurul Ain dan Nafsarah kemudiannya menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka.

Berita berkaitan

Mahu Da'i Farhan mohon maaf secara terbuka

'Anak gembira dapat ayah baru' - Erin

Polis panggil bekas isteri Da'i Farhan

Penangan 18/19

Ditolak, dicakar dan ditampar - Fatin

Cerai itu betul, pukul itu fitnah - Da'i Farhan

'Tiada tindakan yang boleh katakan saya nusyuz'

Da'i Farhan buat laporan polis, tuntutan saman

Benda boleh bincang, kenapa nak gaduh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 4:49 PM