Watikah Warisan Kerabat Diraja Kedah yang dikesan diberikan kepada beberapa individu menggunakan cop mohor dan tandangan palsu di Alor Setar. Foto Ihsan SUK Kedah
Mohd Rizal Abdullah

KERAJAAN negeri membuat laporan polis berkaitan kewujudan watikah Warisan Kerabat Diraja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) yang diberikan kepada beberapa individu sebagai Ahli Kehormat Diraja.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengetahui dan mengiktiraf pelantikan itu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat Diraja kepada mana-mana individu.

“Tandatangan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam watikah itu juga bukan tandatangan sebenar baginda.

“Logo peribadi dan cop mohor dalam watikah itu jugak tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 5:48 PM