SATU keluarga memakai topeng muka untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Tahun Baharu Cina sebaik sahaja mendaftar masuk di Lapangan Terbang Daxing, Beijing.
SATU keluarga memakai topeng muka untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Tahun Baharu Cina sebaik sahaja mendaftar masuk di Lapangan Terbang Daxing, Beijing.
BERNAMA

KEMATIAN keempat akibat jangkitan koronavirus baharu dilaporkan di Wuhan, China apabila penularan virus itu bermula, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik pengumuman pihak berkuasa kesihatan Wuhan.

Menurut kenyataan jawatan kuasa kesihatan bandar itu, setakat waktu tengah malam Ahad, sejumlah 198 kes koronavirus dicatat, 25 mangsa dibenarkan keluar dari hospital manakala empat lagi meninggal dunia akibat jangkitan virus itu.

Kematian terkini berlaku pada lewat Ahad. Seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun yang meninggal dunia akibat virus itu menunjukkan gejala jangkitan pada 13 Januari dan dibawa ke hospital pada Sabtu.

Sejumlah 169 pesakit dirawat dan sembilan daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa kesihatan Wuhan.

Pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan koronavirus baharu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

Laporan menyaksikan orang ramai diuji positif bagi jangkitan koronavirus baharu adalah dari Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Pemeriksaan suhu badan diperkenal di sesetengah lapangan terbang untuk memantau mereka yang mungkin dijangkiti virus itu, yang menyebabkan sejenis penyakit radang paru-paru.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 8:01 AM
    Digital NSTP Subscribe