SAJAT berpakaian seperti wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah. FOTO IG Nur Sajat
SAJAT berpakaian seperti wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah. FOTO IG Nur Sajat

PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang berpakaian seperti wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, beliau sudah menghubungi Pejabat Mufti berhubung isu Sajat yang juga seorang ahli perniagaan.

“Dalam isu ini, ia sebenarnya isu lama kerana fatwa daripada Pejabat Mufti bahawa jika seseorang itu khunsa, dia boleh memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan.

“Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga ada menawarkan diri untuk membuat kajian hormon iaitu membantu Sajat sama ada dia lebih cenderung kepada perempuan atau lelaki.

“Dari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri.

“Itu sahaja yang boleh saya komen berkenaan isu ini kerana Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Fuziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis watikah pelantikan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Pahang di Kuantan, hari ini.

Terdahulu agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga menunaikan umrah teruk dikecam netizen apabila membiarkan usahawan itu berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci memandangkan status jantinanya yang masih diragui.

Bagaimanapun agensi terbabit tampil menafikan tuduhan warganet sebaliknya menjelaskan, pihaknya hanya membantu mempermudahkan proses umrah dibuat kerana sudah menyarankan jemaah supaya mengikut garis panduan ditetapkan.

Difahamkan sepanjang pelepasan Sajat bersama rombongan umrahnya ke Tanah Suci mengikut garis panduan ditetapkan, namun sebaliknya berlaku apabila tiba di sana.

Berita berkaitan

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 4:05 PM