Amirul Aiman Hamsuddin


WANITA ‘mengamuk' dengan meludah, menjerit dan memukul anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan operator tunda kereta di Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari, wanita terbabit bertindak membaling kon dan mengasari anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Difahamkan, kenderaan milik wanita itu ditunda kerana diletak di tempat yang tidak sesuai.

Perbuatan wanita itu tular di laman sosial apabila ada pihak merakam perbuatannya mengasari dan menolak anggota penguat kuasa dan operator tunda kereta.

Rata-rata netizen mencemuh dan mengecam tindakan wanita terbabit yang disifatkan menghalang tugas anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kerja penundaan dilakukan kerana kenderaan terbabit di parkir di tempat tidak sepatutnya.

"Perkara ini tidak mematahkan semangat warga MBSA dalam meneruskan tugas seharian, sebaliknya ia sebahagian daripada cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 9:21 PM
RAKAMAN wanita mengamuk di Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini. FOTO ihsan pembaca
RAKAMAN wanita mengamuk di Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Digital NSTP Subscribe