ANNUAR hadir ke Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR hadir ke Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen. FOTO Hairul Anuar Rahim
Wartawan NSTP

UMNO membayangkan Pakatan Harapan (PH) sudah berakhir sekali gus mengesahkan parti itu mungkin membentuk gabungan baharu dengan Bersatu dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan antara Pakatan Harapan iaitu Bersatu, PKR, DAP, Amanah mungkin berakhir.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pembentukan Pakatan baharu perlu mengikut perlembagaan dan (perkenan) Agong.

“Akan ada mesyuarat lagi selepas ini bersama Tun Dr Mahathir, kesimpulannya tunggu PM (Perdana Menteri) umum pakatan baharu itu,” katanya.

Menurutnya, UMNO masih sebuah parti walaupun membentuk gabungan baharu bersama parti lain.

“UMNO akan kekal sebagai parti politik,” katanya.

Ditanya adakah PH sudah berakhir, Annuar seolah-olah mengesahkannya.

“Saya rasa begitu,” katanya.

Annuar turut mengesahkan sokongan yang diterima cukup untuk membentuk kerajaan baharu itu.

“Kita mencapai dua pertiga sokongan daripada ahli parlimen yang ada,” katanya.

Berita berkaitan

PKR masih okay

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 11:08 PM