Wartawan NSTP

SUHU politik negara membahang semalam berikutan spekulasi pensejajaran semula kuasa negara dengan pembentukan pakatan baharu membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta sebahagian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu dikuatkan dengan kehadiran pemimpin kanan beberapa parti di Istana Negara petang semalam termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa Dr Mahathir sudah mendapat sokongan 139 Ahli Parlimen, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan baharu menerusi pakatan berkenaan.

Menurutnya, jumlah itu dicapai melalui persetujuan kolektif parti membabitkan Bersatu, Umno, serpihan PKR, Pas, Warisan dan GPS.

“Kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada malam ini (tadi) bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

“Ia juga akan membabitkan perubahan di beberapa negeri iaitu Kedah dan Perak. Apapun ini adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini. Ini adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, portal Malaysiakini melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berkata, pertemuan itu dijadual jam 2 petang.

“Ia sudah dirancang lebih awal,” katanya.

Sehingga lewat malam tadi, pimpinan daripada Bersatu, BN, Warisan, GPS dan Pas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pensejajaran semula kekuasaan negara biarpun pimpinan tertinggi seperti Ahmad Zahid, Abdul Hadi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin memenuhi Hotel Sheraton di Petaling Jaya dalam Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Harian Metro, biarpun Dr Mahathir sudah mendapat sokongan 139 Ahli Parlimen, tetapi Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan pandangan daripada pimpinan lain termasuk Anwar dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dan DAP.

Spekulasi pensejajaran semula kekuasaan negara mula bertiup kencang pagi semalam apabila mesyuarat pimpinan Bersatu di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya berlangsung.

Pada masa sama, satu mesyuarat ‘rahsia’ membabitkan segelintir pimpinan kanan PKR di Hotel Sheraton turut berlangsung. Malah, GPS pula mengumpulkan semua Ahli Parlimen dalam satu pertemuan khas di Hotel Ritz Carlton di sini, yang pada sebelah petangnya turut dihadiri Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jam 5.35 petang, semalam.

Rata-rata pimpinan parti berkenaan ‘mengunci’ mulut daripada mendedahkan hasil pertemuan mereka di semua lokasi dilaporkan berlakunya perbincangan.

Berita berkaitan

'Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan' - Azmin [METROTV]

‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh’ [METROTV]

PH sudah berakhir

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini' [METROTV]

PKR masih okay [METROTV]

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 9:50 AM
DR Mahathir sudah mendapat sokongan 139 Ahli Parlimen, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan baharu.
DR Mahathir sudah mendapat sokongan 139 Ahli Parlimen, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan baharu.