MUHYIDDIN, Tengku Razaleigh dan Hishammuddin antara disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri. FOTO Arkib NSTP
MUHYIDDIN, Tengku Razaleigh dan Hishammuddin antara disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri. FOTO Arkib NSTP
Wartawan NSTP


BABAK perkembangan politik negara semakin menarik apabila nama calon Perdana Menteri berlegar dalam kalangan pemerhati politik tempatan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mendapat perkenan mengetuai kerajaan campuran yang bakal dibentuk selepas ini.

Sementara UMNO dikatakan mencadangkan dua nama yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sumber berkata, soal pelantikan Muhyiddin itu dikatakan dipersetujui Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau sudah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beberapa minggu lalu berhubung perkara itu.

“Tan Sri akan ke Istana Negara petang ini dan kita doakan semuanya lancar.

“Insya-Allah perkembangan politik tanah air ini akan selesai tidak lama lagi, mungkin Pakatan atau Perikatan Nasional. Kita tunggulah” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Menara Dato Onn dipercayai ada kaitan dengan memuktamadkan perbincangan.

Beliau tiba jam 1.30 tengah hari tadi menaiki kenderaan berwarna putih dan terus ke ibu pejabat UMNO.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 3:09 PM
    Digital NSTP Subscribe