X
Datuk Hasni Mohammad.
Datuk Hasni Mohammad.
Mohamed Farid Noh

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut Datuk Hasni Mohammad dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di Istana Bukit Serene di Johor Bahru hari ini.

Hasni, 61, adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor selain Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

Beliau dijangka menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu yang dilantik sebagai Menteri Besar yang ke-17 pada 14 April 2019.

Rabu lalu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka susulan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Ia akan menjadikan pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 5:25 PM
    Kabinet Malaysia 2020