ERIN ditahan polis dipercayai menipu seorang pelanggan. FOTO BERNAMA
ERIN ditahan polis dipercayai menipu seorang pelanggan. FOTO BERNAMA
Syafil Syazwan Jefri


ISTERI kepada pendakwah bebas, Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi menerusi Instagramnya berkongsi mengenai pengalaman bermalam di dalam lokap yang dianggap umpama neraka dunia.

Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin berkata, pengalaman berada dalam lokap sangat panas sehingga dia sendiri tidak terhitung waktu.

"Pasti Allah bagi kegembiraan selepas kedukaan. Dalam lokap, Allah tunjukkan neraka dunia. Perasaan dalam lokap umpama kita menunggu dosa-dosa dihisab sebagai hukuman.

"Panas macam dalam oven, peluh meleleh 24 jam. Tak ada angin. Tak tahu siang atau malam. Bagi yang tak tahu malu, 24 jam berbogel sebab panas dan makan, minum, berak, kencing, semua dalam tu saja. Jadi, dah tak ada perasaan malu dah," tulisnya.

Tambahnya, dia juga melihat betapa gembiranya orang apabila dapat pulang dan keluar bebas dari lokap, yang diumpamakan seperti menunggu perhitungan dosa di Padang Mahsyar.

"Betullah cerita di Padang Mahsyar. Semua orang tak kisah bab orang lain dah. Kira diri sendiri saja. Semua orang bogel pun tak ada masa nak tengok dan fikir sebab takut dengan dosa-dosa sendiri.

"Samalah seperti di dalam lokap. Menunggu bila nama kita akan dipanggil untuk dikeluarkan dari neraka dunia itu, bagi di bawa ke syurga (balik rumah).

"Kita boleh tengok betapa gembiranya orang yang dipanggil namanya untuk pulang dan betapa sedihnya orang yang menunggu tak pasti bila nama dia akan dipanggil," tulisnya.

Erin juga berkongsi foto ketika berada di dalam kereta kabel di Gunung Titlis, Switzerland.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan isteri juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai menipu seorang pelanggan.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Berita berkaitan

Isteri Da'i Farhan didakwa menipu [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 6:55 PM