X
Muhaamad Hafis Nawawi


KERAJAAN memandang serius situasi semasa ancaman Covid-19 yang berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua dan mengambil langkah melaksana Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac ini di seluruh negara.

Bagaimanapun masih ramai yang kurang jelas dengan langkah itu dan oleh itu hari ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjawab beberapa persoalan orang ramai berikutan pelaksanaan perintah itu.

TINJAUAN keadaan semasa di sekitar hab perhubungan utama Kuala Lumpur iaitu Stesen Sentral Kuala Lumpur dan pusat beli belah Nu Sentral hari ini menunjukkan orang ramai masih melakukan aktiviti seperti biasa namun pemakaian topeng muka dilihat semakin menjadi kebiasaan susulan penularan Covid-19. Semalam, kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula tengah malam ini sehingga 31 Mac untuk mencegah penularan baharu Covid-19 di negara ini. FOTO Bernama
TINJAUAN keadaan semasa di sekitar hab perhubungan utama Kuala Lumpur iaitu Stesen Sentral Kuala Lumpur dan pusat beli belah Nu Sentral hari ini menunjukkan orang ramai masih melakukan aktiviti seperti biasa namun pemakaian topeng muka dilihat semakin menjadi kebiasaan susulan penularan Covid-19. Semalam, kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula tengah malam ini sehingga 31 Mac untuk mencegah penularan baharu Covid-19 di negara ini. FOTO Bernama

Berikut adalah jawapan MKN:

1) Adakah majlis keraian/ perkahwinan/ kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak membabitkan kehadiran ramai. Bagi majlis persandingan dan resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan Covid-19 di Malaysia tamat.

2) Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 - 31 Mac?

Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.

3) Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik?

Ya.

4). Saya adalah seorang warganegara Malaysia dan suami saya warganegara United Kingdom. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia

dalam tempoh sekatan ini?

Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan itu sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara

asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

5) Anak saya seorang penuntut di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?

Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Bagaimanapun, individu terbabit perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

6) Saya adalah pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah sayadibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan ini?

Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini. Migran asing terbabit perlu mendapatkan satu surat pengesahan daripada majikan masing-masing dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.

7) Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?

Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing-masing berkenaan perkara ini.

8) .Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?

Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian anda.

9) Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan perkhidmatan penting negara?

Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan.

10) Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?

Tidak perlu.

11) Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan?

Ya.

12) Bagaimana dengan penuntutyang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?

Semua penuntut IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini.

Penuntut yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Penuntut asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa.

13) Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

14) Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?

Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuatkuasa.

15) Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?

Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum perintah ini diumumkan.

16) Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?

Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.

b>Berita berkaitan:

  • Sekatan pergerakan bantu KKM tangani Covid-19
  • Tentera tidak terbabit pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
  • MKN bersidang setiap hari, pantau situasi Covid-19
  • 'Perintah Kawalan Pergerakan' 14 hari - PM [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 2:56 PM