DR Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. FOTO Asyraf Hamzah
DR Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. FOTO Asyraf Hamzah
Yusmizal Dolah Aling


"SAYA masih Pengerusi. Tindakan Setiausaha Kerja memecat kami adalah salah. Dia tidak ada hak," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, tugas seorang Setiausaha Kerja hanyalah membantu Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerja pejabat dan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan surat pemecatan.

Katanya, sebagai pengerusi, beliau juga mengambil keputusan memecat Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai Setiausaha Kerja dan digantikan dengan Datuk Sazmi Miah berkuat kuasa hari ini.

"Dia melangkaui kuasa sebagai Setiausaha Kerja. Saya pun tak tahu dia boleh pecat orang.," katanya.

Berita berkaitan

Nak pecat, saya tunggu di pejabat - Tun M

Pemecatan Dr Maszlee tak ikut perlembagaan parti

Muhammad Suhaimi pula dipecat

Saya berserah - Syed Saddiq

'Dangkal, tidak munasabah'

'Digugurkan keahlian, bukan dipecat'

Tun M dipecat dari Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 4:40 PM