WANITA mengandung tujuh bulan ditemui meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. FOTO ihsan polis.
WANITA mengandung tujuh bulan ditemui meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. FOTO ihsan polis.
Muhaamad Hafis Nawawi


LULUH hati seorang suami yang menanti detik kelahiran bayi kedua apabila isterinya yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia di dalam kereta diparkir di sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, wanita warga Indonesia itu meninggal dunia akibat komplikasi kandungan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pasangan berkenaan sebelum itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Menurutnya, namun kerana komplikasi kandungan, mangsa diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh.

"Bagaimanapun, pasangan berkenaan singgah sementara di rumah untuk mengambil pasport mangsa.

"Malangnya, sebaik kembali ke kenderaan, lelaki terbabit mendapati isterinya sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 8:09 PM