X
 SHAHRUDDIN Md Salleh. FOTO arkib NSTP
SHAHRUDDIN Md Salleh. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling


AHLI Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan media, beliau memaklumkan, tindakannya melakukan ijtihad politik dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah kurang tepat.

Katanya, beliau seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.

"Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya dalam kenyataan itu.

Selasa lalu beliau memberikan bayangan bersedia meletakkan jawatan untuk memberi fokus kepada Bersatu terutama ketika kemelut di dalam parti itu semakin diperkatakan.

Difahamkan beliau sepatutnya membuat pengumuman secara langsung menerusi Facebook petang ini namun ia digantikan dengan kenyataan media.

Berita berkaitan

Saya sedia letak jawatan, tinggalkan PN - Shahruddin Md Salleh

'Saya jumpa negarawan, pengasas parti' - Shahruddin

un M positif bantu Muhyiddin - Redzuan

Saya teguh di belakang PN - Mohd Redzuan

Tak ada sidang akhbar, Pak Wan masih dikuarantin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 4:52 PM